LABUAN, 30 Dis 14 – Bakat Pangkalan
Udara Labuan melancarkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa
banjir yang berlaku di pantai timur, Malaysia. Misi kemanusiaan ini
dicetuskan sendiri oleh Pengerusi Bakat Pangkalan, Puan Noorawaty bt Hj
Ra’ee. Program ini dilaksanakan selama 2 hari bermula 30 -31 Dis 14 di
Dewan Anggerik Pangkalan Udara Labuan.
Program tersebut mendapat sokongan yang
padu dari ahli-ahli bakat dan agensi luar yang turut serta menghulurkan
bantuan dan meringankan beban mangsa banjir. Antara sumbangan yang
diterima adalah seperti makanan segera, keperluan harian
kanak-kanak, keperluan persendirian untuk wanita dan pakaian.
Misi kemanusiaan ini juga mendapat
sokongan dari Klinik kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Persatuan
Pandu Puteri Labuan, Pernama, Universiti Malaysia Sabah dan orang perseorangan. Harapan semoga segala sumbangan yang diberikan dapat
mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir di pantai timur